SIMPLYPAGES

Sabtu, 21 April 2012

CERITA PENDEK TENTANG AKU MENGENALI DUNIA FOTOGRAFI

Cerita tentang aku mengenali dunia fotografi


Sebelum meminati bidang ini aku bekerja sebagai pembantu kedai cuci gambar atau pun lebih dikenali dengan nama kedai kodak pada tahun 1997-2000 di daerah Nilai Negeri Sembilan. Aku bekerja sebagai pembantu kedai sambil membuat kerja-kerja fotostat, memproses filem, merakam gambar ukuran pasport dan merakam gambar studio. Kadang-kadang pula aku menghantar gambar dan mengambil gambar yang telah dirakamkan di cawangan yang lain untuk diproses. Aku bekerja 7 hari seminggu tetapi masa pekerjaan aku dari pukul 6.00 petang hingga 10.00 malam. Jika ada photo shoot perkahwinan aku akan balik lewat oleh kerana aku sebagai pembantu kepada fotografer. Walau bagaimana pun aku bekerja di kedai gambar hanyalah pekerjaan sampingan sahaja untuk menyelesaikan kesulitan kewangan pada masa itu. Lama kelamaan aku menjadi minat dalam bidang ini, tetapi hanya setakat itu sahaja kerana tidak mampu untuk memiliki SLR pada ketika itu. Setelah aku berkahwin dan mempunyai anak-anak riang, tanpa aku sedari aku telah melupakan bidang fotografi ini. Pada suatu hari kenalan lama saya yang sama-sama bekerja di kedai tersebut datang untuk menjual DSLR Nikon D60 nya kepada saya oleh kerana beliau ingin membeli DSLR yang lebih baik pada ketika itu lalu tanpa berlengah dan berfikir panjang saya membeli DSLR tersebut. DSLR Nikon D60 adalah detik-detik awal saya ingin mempelajari bidang fotografi ini lebih mendalam.

Permandangan




Cybernatics College Graduation Day @ UPM



Team Building Maybank Nilai & Salak Tinggi SSC



Umairah Sofea


Iera Syahira @ Tasik Titiwangsa